Wednesday, 12 December 2012

BAB 3 TING 4

BAB3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA.

(1) Petempatan Awal Asia Tenggara.
http://i30.tinypic.com/63ympc.jpg
a) Pembahagian kerajaan awal Asia Tenggara.
1. Terbahagi dua iaitu kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara.
2. Kerajaan di Tanah Besar Asis Tenggara seperti kerajaan Funan, Angkor, Ayuthia.
3. Kerajaan di Kepulauan Asia Tenggara seperti kerajaan Kedah Tua, Langkasuka (di Tanah Melayu) dan Srivijaya.Majapahit (di Kepulauan Indonesia).
b) Bilakah munculnya petempatan dan kerajaan awal.
1. Sumber bertulis dan artifak arkeologi digunakan untuk menentukan jangka masa kemunculan sesuatu kerajaan.
2. Kerajaan terawal adalah Funan (dikatakan abad ke-2 M), buktinya jumpaan langgam seni arca di sini dipengaruhi langgam seni arca Amravati India.
3. Hubungan awal dengan China berbentuk diplomatik.
4. Hubungan awal dengan India berbentuk kebudayaan.
5. Hubungan perdagangan antarabangsa berlaku sejak zaman logam buktinya jumpaan gendang gangsa di Dongson (Vietnam), Batu Buruk (Terangganu), Sg.Klang (Selangor).
6. Hubungan perdagangan dengan Rom juga berlaku buktinya jumpaan manik di Kota Tinggi dan Muar (Johor).
7. Bijih Timah telah diproses menjadi gendang gangsa di Dongson dan menjadi pelabuhan pembekal.
8. Kebanyakan petempatan awal ini belum boleh ditakrif sebagai kerajaan kerana masih belum menpunyai raja.
9. Walau bagaimanapun perdagangan maritim berkembang seiring dengan kemahiran membuat kapal layar dan perahu.
10. Jumpaan manik dan tembikar membuktikan perdagangan maritime berlaku sejak abad ke –5 SM tetapi kerajaan awal Asia Tenggara hanya muncul pada abad ke –2 M.
(2) Ekonomi kerajaan awal Asia Tenggara
a) Bentuk – bentuk kerajaan awal Asia Tenggara.
1. Kerajaan Agraria – berasaskan pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan laut.
2. Kerajaan agraria ini muncul di tanah subur seperti kerajaan Dvaravati di Sg Irrawady (Myanmar), Kerajaan di lereng bukit dan tanah gunung berapi – kerajaan Taruma (Indonesia).
3. Kerajaan maritim – berasaskan perdagangan, kelautan dan perlabuhan. Ia terletak di pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan seperti Srivijaya di Sg Musi (Sumatera), Kedah Tua di Sg Mudadan Merbok (Kedah), Tiumah di Pulau Tioman (Pahang).
4. Terdapat juga kerajaan agraria yang berkembang menjadi kerajaan maritim contohnya Funan.
b) Kegiatan ekonomi kerajaan agraria.
1. Padi sawah di lembah sungai kerana bekalan air cukup.
2. Padi huma di tanah tinggi dan bukit dibuat teres dan relung kerana kurang air.
3. Tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek.
4. Hasil hutan seperti kayu gaharu, damar, buah- buahan.
5. Hasil rempah seperti cengkih, lada hitam.
6. Sarang burung diambil dari gua untuk perdagangan.
7. Menangkap ikan di sawah, sungai, paya.
8. Kura – kura mendapatkan kulitnya.
9. Menternak seperti lembu, kerbau, kambing, ayam.
10. Bermula dengan sara diri, kemudian terdapat lebihan hasil dijual kepada penduduk Bandar atau kerajaan maritim.
11. Sistem pengairan amat penting dalam pertanian contoh Tasik Tonle Sap dan Sg Mekong di Angkor.
c) Kegiatan pertanian kerajaan agraria Angkor.
1. Raja Angkor (Indravarman 1) membina dan mengurus pengairan dan baray, kesannya hasil padi menampung keperluan makanan penduduk Angkor.
2. Bekalan air diterima dari Sg Mekong yang mengalir ke Tasik Tonle Sap dan menyuburkan tanah.
3. Tasik ini turut mengairi sawah padi.
4. Tasik Tonle Sap juga membekalkan ikan air tawar.
5. Tasik ini amat penting untuk bekalan air minuman.
d) Kegiatan ekonomi kerajaan maritim.
1. Kerajaan ini terletak di pesisir pantai dan kepulauan.
2. Peringkat awal – menangkap ikan, memungut hasil laut.
3. Kemudian menjadi perkampungan nelayan.
4. Ada yang berkembang menjadi pengeluar emas, bijih timah.
5. Hasil lebihan telah didagangkan – maka petempatan ini menjadi tempat dagang dan pelabuhan pembekal seperti Klang ( Selangor ), Kuala Selinsing ( Perak ).
6. Pelabuhan ini disinggahi pedagang untuk mendapatkan barangan – emas, timah, rotan, damar, hasil laut.
7. Pelabuhan pembekal maju menjadi pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya.
8. Mulanya pelabuhan ini berdagang di kawasan berhampiran kemudian berkembang, contohnya Langkasuka dan Champa akhirnya berdagang dengan Vietnam, China Selatan, hingga ke India dan barat.
9. Pelabuhan entrepot muncul kerana kedudukannya yang strategik contohnya Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda serta menjadi laluan perdagangan atara China dan India. Ini juga mendorong kedatangan pedagang ke dua – dua negara ke situ.
10. Bekalan pelabuhan entrepot seperti emas, timah, hasil hutan, dan hasil dari kerajaan lain di sekitarnya.
11. Emas menjadi tumpuan sehingga Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali Semenanjung Emas dan Bumi Emas – orang Yunani dan India telah mengetahui tentang kekayaan emas di sini sejak awal abad masihi lagi.
12. Penduduk maritim yang terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan orang dagang luar ini menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca.
13. Orang Melayu terkenal sebagai pelaut, pedagang, peneroka dan mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan seperti di Champa dan Srivijaya.
14. Mereka mampu belayar kerana berkemahiran membuat perahu (jarak dekat ) dan kapal layar (jarak jauh).
15. Mereka juga tahu menggunakan kaedah bintang di langit.
e) Ciri – ciri kerajaan maritim Srivijaya.
1. Terletak di Sg. Musi dan Batang Hari.
2. Memiliki tentera yang besar, terdiri daripada pelbagai golongan rakyat termasuk orang laut. Mereka mengawal keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka.
3. Kapal dagang dalam perjalanan antara China dan India singgah di sini kerana kedudukan pelabuhannya strategik di Selat Melaka.
4. Bekalan barang dagang dibekalkan dari kawasan pemerintahannya dan jajahan takluknya.
5. Menurut I Tsing Sivijaya mampu menghasilkan kapal besar.
f) Ciri – ciri kerajaan Kedah Tua/Chieh-cha/Kataha.
1. Terletak di Sg. Mas (pada abad ke-5 hingga 11 – menganut agama Buddha ) dan di lembah Sg. Bujang (abad ke –11 hingga 13 – menganut agama Hindu).
2. Buktinya ialah jumpaan candi berunsur Hindu/Buddha dan arca Hindu/Buddha.
3. Merupakan pelabuhan enterpot yang banyak dipengaruhi Srivijaya, buktinya jumpaan tembikar China zaman Dinasti Tang, Song dan Yuan, pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah, manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar.
4. Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang ke sini.
5. Kedudukan strategik di laluan Selat Melaka dan terlindung dari angin monsun memajukan pelabuhannya.
6. Pelabuhannya mempunyai tempat menyimpan barang dagang seperti damar, rotan, timah.
7. Barang dagang juga dibawa dari luar seperti sutera, teh, kaca, manik, tembikar.
g) Konsep saling bergantung dan melengkapi antara kerajaan agraria dan maritim.
1. Penduduk agraria yang ramai penduduk (seperti Sailendra) menghasilkan beras banyak untuk dibekalkan kepada kerajaan maritim, sebaliknya kerajaan agraria memerlukan kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah China/India seperti tembikar, tekstil, gelas dan manik.
2. Kerajaan agraria membekalkan makanan dan hasil hutan sebagai barang pertukaran.
3. Kerajaan maritim membina kapal dengan mendapatkan kayu yang baik daripada tukang kayu agraria (seperti kayu kerajaan Pegu).
4. Gajah yang menjadi kenderaan raja maritim juga didapati daripada kerajaan agraria di Siam.
(3) pengaruh agama Hindu /Buddha dalam kerajaan awal.
http://www.theage.com.au/ffximage/angkor_wideweb__470x307,2.jpg
a) Proses permulaan kedatangan pengaruh Hindu/Buddha.
1. Peranan Ksyatria atau tentera – melalui penaklukan.
2. Peranan pedagang atau Vaisya.
3. Peranan Brahmin atau pendeta.
4. Penyesuaian budaya India yang menarik sahaja dengan budaya tempatan berlaku, buktinya arca bercirikan Asia Tenggara di Srivijaya – ikatan tali kulit harimau hanya ada di Srivijaya.
5. Aspek Hindu/Buddha yang diambil berbeza antara seoang pemerintah di Asia tenggara dengan pemerintah Asia Tenggara yang lain – di Kedah Tua(Buddha), Dieng di Indonesia (Hindu), Pulau Bangka (Hindu mazhab Vishnu).
6. Pengaruh Hindu/Buddha berlaku serentak dengan hubungan perdagangan, apabila Rom menghentikan perdagangan emas ke India maka India beralih mendapat emas di Asia Tenggara.
b) Pengaruh Hindu/Buddha dalam sistem pemerintahan.
1. Gelaran raja bermula selepas kedatangan pengaruh sistem beraja India. Di bawah raja ialah kerabat diraja dan pembesar termasuk ahli agama seperti Brahmin. Selepas itu rakyat dan hamba (bawah sekali).
2. Raja berkuasa mutlak dalam semua hal, perintahnya menjadi undang – undang, menentangnya dianggap derhaka. Walau bagaimanapun raja harus adil kepada golongan diperintah.
3. Rakyat takut derhaka maca muncul konsep dewa-raja yang mempuntai sakti. Unsure mitos dan lagenda digunakan untuk memperkuatkan kedudukan pemerintahannya.
4. Upacara pertabalan dipimpin oleh Brahmin bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah.
5. Raja yang terpengaruh sistem Buddha/Hindu membina kompleks kota yang melambangkan alam semesta (orde kosmos). Negara dianggap alam semesta, raja dan ibu kota ialah pusat alam (pusat pemerintahan), maka raja perlu mengatur kesejahteraan negara dan rakyat (alam semesta).
http://wwwdelivery.superstock.com/WI/223/1376/PreviewComp/SuperStock_1376-552.jpg
c) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Angkor.
1. Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavaram II.
2. Raja dianggap raja dewa.
3. Raja dibantu pembesar atau gabenor di daerah.
4. Brahmin pula berperanan dalam upacara agama.
5. Raja juga dibantu oleh pembesar dikalangan pegawai tentera dan hakim.
d) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Srivijaya.
1. Pengaruh yang muncul ialah agama Buddha Mahayana.
2. Raja dibantu pentadbiran pusat dan daerah.
3. Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra. Seorang daripada mereka bakal menggantikan raja kecuali raja putra kerana beliau anak gundik.
4. Di bawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat (parvanda atau senapati), seterusnya pegawai lain seperti haim, temenggung dan penghulu.
5. Kedudukan hamba terletak paling bawah sekali.
6. Pentadbiran daerah ditadbir oleh Datu (dilantik raja) dan bhupati (orang-orang kaya).
7. Datu perlu bersumpah taat setia di Telaga batu Palembang, berdasarkan bukti jumpaan batu bersurat di situ.
e) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian monumen.
1. Monumen ialah binaan/bangunan daripada batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting seperti candi/kuil, wat/stupa, arca dan patung.
2. Candi – berperanan sebagai rumah ibadat, menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya, menyimpan patung dewa utama dan lambing kehebatan raja.
3. Angkor wat dan Borobudur melambangkan order kosmos.
4. Rumah ibadat di Thailand, Kemboja, Vietnam disebut wat, tetapi di Burma disebut stupa, di Indonesia disebut candi.
5. Candi Dieng dan Prambanan di Indonesia untuk agama Hindu, tetapi candi seperti Chaiya dan Yarang di Thailand untuk agama Buddha.
6. Patung Hindu seperti patung dewa Siva, Brahma, Durga.
7. Patung Buddha seperti patung Avalokitesvara.
8. Candi dan patung di Asia Tenggara hasil campuran gaya tempatan dan India. Antara pengaruh India tersebut ialah patung zaman Dinasti Gupta.
http://wwwdelivery.superstock.com/WI/223/1890/PreviewComp/SuperStock_1890-70986.jpg
f) Pengaruh Hindu dalam kesenian Angkor Wat.
1. Angkor Wat dibina di siem Reap untuk agama Hindu.
2. Candi ini mempunyai tempat pemujaan, menara, tembok.
3. Ia juga mempunyai ukiran Ramayana dan Mahabrata.
g) Pengaruh Buddha dalam kesenian Borobudur.
1. Candi di Jawa Tengah ini untuk agama Buddha Mahayana.
2. Ia mempunyai 3 tingkat iaitu sila, samadhi dan panna, setiap tingkat dwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.
3. Di tingkat pertama diukir cerita Gautama Buddha.
h) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian candi Lembah Bujang.
1. Candi Lembah Bujang terdapat di Bukit Batu Pahat Pendiat dan Pangkalan Bujang.
2. Candi Hindu – terbahagi 2 iaitu Vimana ( bahagian suci tempat arca keagamaan ) dan Mandapa ( bahagian luar).
3. Candi Buddha – memiliki pelan jenis cruciform.
i) Pengaruh bahasa Sankrit.
1. Bidang intelektual – batu bersurat tulisan sankrit mengandungi maklumat agama, pemerintahan, raja. Contohnya di Kutei tentang keturunan raja, di Sg Mas Kedah Tua mengenai agama Buddha.
2. Inskripsi di Palembang memaparkan kemahiran pahat batu yang tinggi – penulisnya mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa sankrit.
3. Bahasa sankrit ini juga digunakan dalam kitab – kitab keagamaan dan bahasa.
4. Bahasa sankrit telah disesuaikan dalam bahasa Melayu seperti perkataan dukkha (duka), dorhaka (derhaka).
5. Bahasa sankrit juga terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha, Tamil.
6. Bahasa ini menjadi bahan ilmu dan komunikasi kerajaan awal Asia Tenggara.
j) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesusasteraan.
1. Pengaruhnya terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabhrata serta Puranas (sastera klasik Asia Tenggara).
2. Pengaruh dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma.
3. Epik disampaikan melalui kesusasteraan, cerita lisan dan teater seperti wayang kulit.
4. Karya Mahabrata diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya.
5. Karya Ramayana pula melahirkan HikayatSeri Rama.

BAB 4 TING 4

( 1 ) Zaman Masyarakat Arab Jahiliah. 
a) Apakah pengertian Jahiliah.
1. Jahiliah daripada bahasa Arab iaitu jahala bermaksud jahil, tidak mengetahui atau tiada ilmu pengetahuan.
2. Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya empangan Maarib di Sabak hingga turunnya wahyu Allah s.w. kepada Nabi Muhammad s.a.w.
3. Mereka tidak menerima ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa.
4. Zaman ini dianggap zaman kegelapan kerana mereka tidak menyembah Allah Taala, mereka menyembah berhala dan menyembah anismisme.
5. Mereka juga tiada nabi, rasul dan kitab suci.
6. Akhlak mereka rendah – kejam, angkuh, degil.
b) Ciri – ciri masyarakat Arab Jahiliah.
1. Dua golongan iaitu Badwi ( tinggal di gurun dan pendalaman) dan Hadari ( tinggal dipesisiran pantai).
2. Mengamalkan perbuatan tidak bermoral – judi, zina, arak.
3. Pemabuk dianggap telah menjadi lelaki sempurna.
4. Wanita dipandang rendah – tidak mewarisi harta ibu bapa, bayi perempuan ditanam hidup – hidup (dianggap menjatuhkan maruah keluarga).
5. Lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita dan sesiapa sahaja yang disukai.
6. Perniagaan – berasaskan riba, merompak/merampas satu kewajipan, orang kaya menindas orang miskin.
7. Kepercayaan – menyembah berhala, pokok, menilik nasib.
8. Agama samawi – Kristian, Yahudi, Hanif.
9. Sistem kabilah – berpuak – puak dalam suku tertentu, sangat taksub/fanatik dengan suku sendiri, diketuai oleh syeikh (seseorang yang disukai, dipersetujui ramai, berani, gagah).
10. Semangat assabiah – semangat kesukuan melampau, terikat dengan peraturan kabilah, sanggup menuntun bela demi diri dan kabilah.
11. Keadaan geografi panas kering kontang- menbawa sikap ingin berperang, kacau – bilau contohnya perang al – Basus.
( 2 ) Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul. a) Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul.
1. Nabi keturunan Qusai bin Kilab (pemimpin Arab Quraisy).
2. Keluarga nabi mengusai Makkah, Kaabah, telaga zamzam.
3. Keturunan nabi bijak mentadbir Makkah dan bijak berniaga.
4. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib, ibunya ialah Aminah bt. Wahab.
5. Nabi dilahirkan pada tahun 570 M (Tahun Gajah) di rumah datuknya dan diberi nama Muhammad bermaksud terpuji.
6. Bapa nabi meninggal dunia ketika nabi dalam kandungan
7. Nabi menyusu dengan Halimatus Sa’diyah.
2
8. Pada usia 6 tahun ibu nabi meninggal dunia dan nabi dipelihara oleh datuknya. Kemudian datuknya meninggal dunia lalu dipelihara pula oleh datuk saudaranya Abu Talib.
9. Pengalaman hidup – mengembala kambing bapa saudaranya, berniaga di Syam ( usia 12 tahun ).
10. Kerasulan nabi telah diramal oleh pendeta Nasrani bernama Buhaira ketika rombongan perniagaannya singgah di Basrah.
11. Kemudiannya baginda menjalankan perniagaan Khadijah bt Khuwalid bersama – sama Maisarah ( hamba Khadijah ). Sifat terpuji baginda menyebabkan keuntungan berlipat kali ganda. Akhirnya nabi berkahwin dengan Khadijah.
b) Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
1. Empat sifat terpuji nabi ialah benar, dipercayai, menyampaikan dan bijaksana.
2. Nabi digelar Al – Amin kerana dipercayai dan tidak pernah berbohong.
3. Sifat amanah menyebabkan Khadijah memberi modal yang besar kepada nabi.
4. Sifat kepimpinan baginda dilihat ketika menyelesaikan persengketaan meletakkan batu Hajar Aswad.
5. Nabi ketua keluarga contoh – membantu isteri memasak, menampal kain koyak, melayan anak.
6. Anak diberi pendidikan agama dan nabi menjadi teladan kepada anak – anak.
7. Baginda merendah diri – bergaul dengan orang kaya, miskin, tua, kanak – kanak.
8. Sifat pemaaf – contohnya mengampunkan kaum Quraisy ketika membuka semula Kota Makkah.
9. Sifat bijaksana – Perjanjian Hudaibiyah yang berat sebelah akhirnya menyebarkan agama Islam.
10. Bertahannuth (mengasingkan diri beribadat ) – di Gua Hirak.
11. Baginda sabar dan tabah mendaki Gua Hirak, di Bukit Nur.
12. Pada tahun 610 M menerima wahyu pertama.
( 3) Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam di Makkah. 
a ) Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
1. Wahyu pertama – surah al – Alaq 1 – 5 yang memerintahkan umat Islam membaca. Islam menggalakkan umatnya membaca dan membuat kajian. Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang membina masyarakat.
2. Wahyu kedua – surah al – Muddasir ayat 1 – 7 yang mengisytiharkan nabi sebagai rasulullah dan wajib menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.
3. Selepas itu nabi terus menerima wahyu dan menyebarkannya.
4. Perkara utama yang ditekankan ketika ini ialah akidah.
b ) Cara penyebaran Islam di Makkah.
1. Pada mula secara rahsia selama 3 tahun – ditujukan pada ahli keluarga nabi, para sahabat, dan kaum kerabat.
2. Secara terbuka selama 10 tahun – cara terang – terangan selepas menerima perintah Allah.
3. Pengislaman secara rahsia – Khadijah bt Khuwailid ( isteri ), Ali b. Abu Talib ( 10 tahun – sepupu ), Abu Bakar al – Siddiq ( sahabat baginda yang kemudiannya mengislamkan Uthman b. Affan dan al – Arqam b. Abu Arqam yang menjadikan rumahnya pusat kegiatan Islam di Makkah ).
4. Pengislaman secara terbuka – kepada keluarga Abdul Muttalib, ceramah di rumah Ali bin Abu Talib tetapi ditolak kuat oleh Abu Lahab ( bapa saudara nabi ).
c) Penerimaan terhadap Islam peringkat awal.
1. Ahli keluarga menerima secara rahsia (jumlahnya kecil).
2. Hamba memeluk Islam kerana layanan yang sama oleh Islam seperti Bilal b. Rabah, keluarga Yassir.
3. Mereka diseksa – Bilal dijerut lehernya oleh tuannya, Yassir dan isterinya dijemur di padang pasir hingga mati syahid.
4. Nabi menyebarkan Islam secara berhikmah dan lemah – lembut, tiada paksaan untuk memeluk Islam.
5. Nabi menanamkan iman yang kuat, harta bukan ukuran tetapi kesabaran dan pengorbanan yang diutamakan.
6. Nabi menunjukkan teladan positif – berakhlak mulia, kuat mental, fizikal, rohani dalam mencari kejayaan.
d) Penentangan terhadap Islam peringkat awal.
1. Cara penentangan ialah dengan menggangu baginda ketika bersembahyang (meletakkan benda kotor di tengkuk nabi), mencemuh dan ingin membunuh nabi.
2. Faktor penentangan kerana perbezaan kepercayaan antara Islam (menyembah Allah) dan Quraisy (menyembah patung).
3. Islam ditentang kerana pertentangan sistem sosial seperti konsep persamaan taraf dan perbezaan darjat, konsep persaudaraan dan assabiah, amalan keji seperti mencuri dikeji Islam tetapi diterima Quraisy.
4. Quraisy menanggap menerima Islam bermakna tunduk kepada kepimpinan nabi maka kuasa politik akan terganggu.
5. Dari segi ekonomi penerimaan Islam akan mengugat perusahaan membuat patung.
6. Penentangan juga dilakukan melalui syair Quraisy.
7. Quraisy juga merasuah nabi dengan wanita cantik dan harta tetapi ditolak baginda.
8. Nabi sekeluarga juga pernah dipulaukan selama 3 tahun tetapi dilindungi oleh Abu Talib.
9. Nabi juga dibantu oleh wanita seperti Khadijah, Aisyah, Ummu Salamah dalam menghadapi cabaran sama ada di Makkah mahupun di Madinah.
e) Nabi Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah.
1. Penentangan kian hebat selepas Abu Talib dan khadijah meninggal dunia.
2. Nabi membenarkan orang Islam mendapatkan pelindungan di Habsyah.
3. Nabi dan Zaid Harithah ke Taif tetapi kurang berkesan.
4. Nabi tetap sabar sehingga akhirnya berhijrah ke Madinah.
5. Penghijrahan ke Madinah setelah menerima perintah Allah dan telah dijemput oleh suku Aus dan Khazraj.

BAB 5 TING 4

BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH.
(1) Peristiwa penghijrahan ke Madinah. 
a) Kedudukan penduduk Madinah sebelum hijrah.
1. Madinah terletak di utara Makkah di tengah – tengah perjalanan jalan dagang antara Makkah dan Syam.
2. Tiga golongan pendudukannya – Nasrani, Yahudi dan Arab.
3. Tiga golongan Yahudi – Bani Quraizah, Qunaiqa’, Nadhir.
4. Dua golongan Arab – suku Aus dan Khazraj.
5. Masalah politik dan ekonomi kerap berlaku antara mereka.
b) Perjanjian Aqabah 1 dan 2.
1. Ketika di Makkah beberapa orang suku Khazraj berjumpa nabi dan memeluk Islam, selepas kembali mereka menyebarkan Islam di Madinah.
2. Pada tshun berikutnya (621 M), suku Aus dan Khazraj menemui nabi lagi dan membuat perjanjian Aqabah 3. Isi perjanjiannya – suku Aus/Khazraj beriman kepada Allah dan Rasul. Mereka berjanji membantu nabi. Mereka tidak melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak.
4. Selepas perjanjian ini nabi menghantar Mus’ab b. Umair ke Madinah menyebarkan Islam di sana.
5. Pada tahun 622 M, suku Aus dan Khazraj menandatangani Perjanjian Aqabah 2, isi kandungannya – suku Aus/Khazraj memeluk Islam dan mengaku taat setia kepada nabi. Mereka menjemput nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah. Mereka akan menyediakan tempat tinggal, keselamatan dan mempertahankan Islam.
c) Perjalanan hijrah nabi Muhammad.
1. Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September 622M.
2. Ia berlaku secara senyap dan berperingkat – peringkat.
3. Nabi berhijrah selepas penghijrahan orang Islam lain.
4. Perjalanan hijrah Nabi ditemani oleh Abu Bakar selama 12 hari.
5. Umar al-Khattab berhijrah dengan terang – terangan, bersendirian dan dengan berani.
d) Konsep hijrah.
1. Perkataan arab bermaksud berpindah (perpindahan dari Makkah ke Madinah untuk mengukuhkan Islam).
2. Pengertian lebih luas – menegakkan kebenaran, meninggalkan keburukkan dan kejahatan, perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
3. Tafsiran orientalis barat, hijrah ialah pelarian. Ia disangkal oleh Islam kerana orang Islam dijemput oleh penduduk Madinah, ketibaan disambut rela penduduk Madinah, diberi tempat tinggal dan dijamin keselamatan, nabi diterima semua penduduk termasuk orang bukan Islam.
e) Bagaimana Nabi melepaskan diri dari Makkah ke Madinah.
1. Hijrah bermula apabila nabi melepasi kepungan Quraisy di rumah bagnda. Ali telah tidur di tempat tidur nabi dan menggunakan selimut nabi.
2. Kemudian nabi berjumpa Abu Bakar memeberitahu perintah Allah agar berhijrah. Mereka berdua bersembunyi di Gua Thur. Perjalanan seterusnya dipandu Abdullah b. Arqat.
f) Apakah sebab dan tujuan hijrah.
1. Perintah Allah melalui wahyu yang menyatakan niat orang Quraisy ingin membunuh nabi.
2. Allah memerintahkan nabi agar segera berhijrah ke Madinah.
3. Ancaman di Makkah menjejaskan penyebaran Islam, maka suasana aman di Madinah memudahkan penyebaran Islam.
4. Suku Auz dan Khazraj sering bertelagah dan ekonomi mereka dikuasai orang yahudi. Maka mereka memerlukan pemimpin seperti nabi untuk mendamaikan hidup mereka.
g) Apakah kepentingan hijrah.
1. Dakwah Islam dapat disebarkan secara aman dan terang.
2. Mempersaudarakan suku Arab Madinah (Aus dan Khazraj).
3. Mempersaudarakan orang Islam Madinah dan Makkah.
4. Orang Makkah yang berhijrah ke Madinah digelar Muhajirin dan orang Madinah digelar Ansar.
5. Menyatukan penduduk pelbagai suku, budaya dan agama di Madinah.
6. Nabi membina masjid al-Nabai – masjid menjadi temapt beribadat, belajar bertemu dan berbincang, di persekitaran masjid aktiviti harian dijalankan seperti jual beli.
7. Takwim hijrah sempena peristiwa hijrah digunakan bermula dari pemerintahan Khalifah Umar.
8. Nama Yathrib ditkar kepada Madinah al-Munawwarah bermaksud kota bercahaya.
9. Hijrah membawa sikap toleransi, tolong – menolong. contohnya orang Islam Makkah dibantu oleh orang Madinah.
10. Hijrah dibantu pengorbanan harta dan nyawa para sahabat seperti Abu Bakar, Ali dan Abdul Rahman Auf.
11. Wanita juga sanggup berkorban seperti Asma’ puteri Abu Bakar ke Gua Thur menghantar makanan dan berita.
12. Hijrah menunjukan ketabahan nabi meninggalkan kesenangan hidup dan tidak berputus asa.
13. Hijrah menunjukkan kebijaksanaan nabi yang tidak terus ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di Gua Thur.
( 2 ) Piagam Madinah/Sahifah Madinah
. a) Latar belakang piagam Madinah.
1. Piagam ini dirangka oleh nabi berpandukan wahyu daripada Allah.
2. Ia mencatatkan tanggungjawab ketua negara dan rakyat.
3. Ia juga hasil persetujuan orang Islam dan bukan Islam.
4. 23 fasal tentang orang Islam dan tanggungjawabnya.
5. 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk Yahudi terhadap negara Madinah.
6. Perlembagaan ini ialah perlembagaan bertulis pertama digubal di dunia.
b) Apakah kandungan Piagam Madinah.
1. Politik – nabi ialah pemimpin semua penduduk Madinah, nabi juga ketua hakim berlandaskan musyawarah dan adil.
2. Agama – bebas memilih dan mengamal agama tanpa gangguan penganut lain, dan tiada paksaan memeluk Islam.
3. Sosial – masyarakat Madinah dianggap ummah, bersatu padu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa.
4. Undang – undang Islam – dilaksanakan secara menyeluruh tetapi peraturan keluarga yang sesuai dengan Islam boleh diamalkan. Hukuman dikenakan adalah adil.
5. Ekonomi – riba dan penindasan dilarang, tiada diskriminasi.
6. Pertahanan – semua penduduk diwajibkan memepertahankan Madinah dari ancaman musuh.
7. Kedudukan orang Yahudi mempunyai hak yang sama, hak kebebasan, hak keselamatan, selagi mematuhi Piagam Madinah.
c) Apakah kepentingan Piagam Madinah.
1. Model pemerintahan berasaskan Islam – agama Islam boleh dilaksanakan dalam negara berbilang agama dan bangsa.
2. Kandungannya merangkumi peraturan dunia dan akhirat.
3. Dari segi ekonomi amalan riba, menipu tidak dibenarkan, sebaliknya sedekah, keadilan ekonomi digalakkan.
4. Nabi berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah, nilai yang ditanamkan ialah ukhuwah Islamiah.
5. Konsep keadilan sosial – Islam menekankan persamaan dan persaudaraan, tiada perbezaan taraf dalam masyarakat.
6. Nabi mempraktikkan amalan positif seperti perpaduan, rela berkorban, Bantu – membantu.
7. Syariah Islam yang adil sesuai diikutioleh semua masyarakat.
8. Nabi menyusun perlembagaan dahulu sebelum membentuk kerajaan.
9. Pemerintahan Islam meletakkan Allah kuasa tertinggi.
10. Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab.
11. Semua bangsa mesti mematuhi peraturan.
12. Semua penduduk harus mempertahankan negara Islam.
d) Apakah strategi negara Islam Madinah dalam menyebarkan Islam.
1. Quraisy Makkah mencari sokongan orang Arab dan Yahudi di Tanah Arab bagi menentang Islam di Madinah.
2. Strategi baginda pula dengan menyebarkan Islam secara meluas seperti di Rom, Parsi, Mesir.
3. Nabi menghantar perutusan ke sana untuk memeluk Islam.
4. Nabi menggunakan kaedah diplomasi dengan mewujudkan persefahaman antara negara disamping menyebarkan Islam.
5. Serangan Quraisy kepada kabilah Islam akhirnya membawa perang, tetapi perang dalam Islam untuk maruah diri, agama dan negara. Perang hanya dilakukan selepas turunnya wahyu Allah menbenarkannya.
e) Konsep perang dalam Islam.
1. Antara siri perang Islam di Madinah seperti Perang Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk.
2. Allah memberi izin perang setelah diserang Quraisy.
3. Prinsip perang dalam Islam ialah berperang apabila diserang musuh, mencari keamanan agar tempat ibadat terjaga, menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
4. Sekira musuh Islam inginkan pendamaian, maka umat Islam perlu memilih pendamaian.
5. Perang antara orang Islam dengan Quraisy Makkah tidak memaksa musuh memeluk Islam, penerimaan agama Islam adalah secara suka rela.
6. Dalam Perang Badar, walaupun Islam menang, tawanan wanita dan kanak – kanak dibebaskan, tawanan lelaki dibebeaskan jika berjaya mengajar 10 orang kanak – kanak Islam sehingga pandai.
7. Tentera Islam yang berperang dilarang membunuh sesuka hati termasuk memusnahkan tumbuhan.
8. Kesannya lebih ramai memeluk Islam selepas Perang Badar.
( 3 ) Perjanjian Hudaibiah.
a) Latar belakang berlakunya Perjanjian Hudaibiah.
1. Pada tahun 628 M, umat Islam berhasrat menziarahi Makkah tempat asal mujahirin dan mengerjakan umrah.
2. Mereka disekat oleh Arab Quraisy di Hudaibiyah keranaQuraisy merasa maruah mereka tercabar.
3. Pihak Islam menghantar utusannya iaitu Uthman Affan menerangkan tujuan sebenar mereka datang.
4. Tetapi Quraisy enggan menerimanya. Kemudiannya Quraisy bimbang, lalu menghantar Suhail b. Amru memeterai Perjanjian Hudaibiah.
5. Mulanya para sahabat tidak menerima perjanjian ini yang dianggap berat sebelah, tetapi menerimanya sebagai pengajaran yang besar.
b) Apakah kandungan Hudaibiah.
1. Genjatan senjata selama 10 tahun.
2. Kabilah Arab lain bebas memihak kepada pihak Islam Madinah atau Quraisy Makkah.
3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
4. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya akan dipulangkan.
5. Umat Islam boleh mengerjakan umrah tahun berikutnya.
c) Apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiah.
1. Memberi umat Islam menunaikan haji.
2. Memberi kebebasan umat Islam ke Makkah dan menunaikan ibadat di Kaabah.
3. Tempoh pendamaian ini memberi peluang kepada dakwah Islamiah ke seluruh Tanah Arab tanpa gangguan Quraisy.
4. Perjanjian memberi gambaran Islam tersebar secara aman.
5. Perkara 3 dan 4 perjanjian Hudaibiah kelihatan menguntungkan Quraisy tetapi dalam masa panjang ia menguntungkan Islam buktinya pengislaman tokoh berpengaruh seperti Khalid al Walid, Amru al – As.
6. Perjanjian juga menunjukkan nabi pemimpin unggul, dikagumi dan berwawasan.
7. Perjanjian ini menunjukkan Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.
d) Bagaimana pencabulan Perjanjian Hudaibiah berlaku.
1. Perjanjian ini hanya bertahan selama 2 tahun kerana pihak Quraisy sengaja mencabulinya.
2. Quraisy memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.
3. Bani Khuza’ah ini berpihak kepada Islam di Madinah,
4. Bermakna Quraisy melanggar perjanjian genjatan senjata.
5. Pihak Islam bertegas menghantar tentera ke Makkah.
( 4 ) Pembukaan Kota Makkah.
a) Peristiwa pembukaan semula Kota Makkah.
1. Nabi membuka semula Kota Makkah selepas hampir lapan tahun tinggal di Madinah.
2. Pembukaan ini kesan daripada tindakanQuraisy melanggar perjanjian Hudaibiah.
3. Pembukaan ini ialah strategi jangka panjang nabi menyebarksn Islam kerana penguasaan Makkah akan memantapkan Islam.
4. Baginda dan tentera memasuki Makkah secara aman.
5. Tokoh Quraisy seperti ketuanya Abu Suffian dan Al – Abbas amat khuatir lalu memeluk Islam sebelum kedatangan tentera Islam.
6. Empat pasukan tentera seramai 10 ribu orang masuk ke Makkah diketuai Khalid al – Walid, Abu Ubaidah, Saad Ubadah, dan Zubair al – Awwan, dari arah utara, selatan, barat dan barat daya Makkah.
7. Taktik ini memudahkan Makkah dikepung dan dibuka.
b) Apakah kepentingan pembukaan Kota Makkah.
1. Pembukaan Makkah menybabkan Abu Suffian dan al – Abbas memeluk Islam diikuti Arab Quraisy yang lain.
2. Nabi memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung di dalam Kota Makkah.
3. Setelah berjaya, nabi bertawaf mengelilingi Kaabah dan berpidato menyatakan pentingnya perpaduan antara pelbagai bangsa dan agama.
4. Nabi memaafkan pihak Quraisy dsn tidak berdendam.
5. Kaabah terpelihara daripada unsure jahiliah, berhala dihapuskan dan masyarakat Islam mendalami ilmu Islam.
6. Makkah menjadi Kota Suci umat Islam dan tempat beribadat seperti ibadat haji.
7. Walau bagaimanapun Madinah tetap menjadi pusat pemerintahan Islam, Makkah menjadi wilayah kerajaan Islam.
8. Selepas itu berlaku peristiwa haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w., dalam khutbah haji terakhir itu nabi berpesan, “ pusaka yang nabi tinggalkan selepas wafat ialah al- Quran dan sunnah, umat Islam tidak akan sesat selagi tidak meninggalkan pusaka ini ”.
9. Nabi wafat pada 632 M bersamaan 11 Hijrah.

BAB 6 TING 4

BAB 6 PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA. 
( 1) Perlaksanaan sistem khalifah Islam.
a) Apakah maksud konsep khalifah.
1. Khalifah dalam bahasa Arab bererti penganti. Dalam konteks tersebut peganti Nabi Muhammad s.a.w. akan memerintah dan mentadbir kerajaan Islam.
2. Khalifah dalam kontek agama bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian Islam dan mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.
b) Apakah syarat pemilihan khalifah.
1. Lelaki merdeka beragama Islam.
2. Memiliki pengetahuan tentang Islam.
3. Mematuhi perintah Allah dan melaksanakan hukum Allah.
4. Adil dan berakhlak baik.
5. Tubuh sihat, sempurna, cergas fikiran, warak.
6. Pandai mentadbir kerajaan Islam
.
c) Bagaimanakah cara pemilihan khalifah.
1. Pertama, musyawarah atau syura – perlantikan Saidina Abu Bakar atas cadangan Saidina Umar dipersetujui ramai.
2. Kedua, cadangan nama dari khalifah terdahulu sebelum wafat – Saidina Umar mencadangkan Saidina Abu Bakar sebelum wafat.
3. Ketiga, pemilihan dari beberapa calon – 6 orang nama diusulkan dan Saidina Uthman terpilih.
4. Keempat, pencalonan sekolompok masyarakat – Saidina Ali telah terpilih.
5. Keempat – empat cara ini tetap melalui musyawarah/syura.
6. Khalifah ini perlu mengangkat sumpahatau lafaz taat setia iaitu baiah semasa perlantikan menjadi khalifah.
7. Syura bermaksud permuafakatan atau consensus.
d) Apakah tugas khalifah.
1. Memelihara keduduk agama Islam.
2. Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al – Quran dan sunnah.
3. Menitik beratkan sistem politik, sosial dan ekonomi.
4. Mempertahankan negara dari ancaman musuh.
5. Melantik dan melucut pegawai pentadbiran negara.
6. Menjaga kebajikan rakyat agar bahagia dunia akhirat.
7. Meneruskan ajaran Allah yang disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w.
8. Mengekalkan perpaduan ummah melalui musyawarah.
9. Menguruskan kewangan, perbendaraan, kharaj, jizyah, zakat.
( 2 ) Sumbangan Khulafa al – Rasyidin.
a) Apakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al –siddiq.
1. Digelar al – Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana beliau sentiasa yakin kebenaran kata – kata nabi.
2. Sifatnya ikhlas, jujur dan setia pada baginda.
3. Saidina Abu Bakar dicadangkan oleh Saidina Umar.
4. Beliau berjasa menghapuskan orang Islam yang murtad dan tidak mahu membayar zakat.
5. Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom Timur.
6. Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah antaranya Makkah, Taif, Yaman, dan melantik Amir mentadbirnya.
7. Memperkenalkan bayaran gaji tentera, undang – undang tanah, hak golongan mawali.
8. Memerintahkan Zaid b. Thabit mengumpulkan tulisan al – Quran pada batu, kayu, kulit binatang kerana ramai orang hafiz al – Quran syahid, salinan al – Quran ini disimpan oleh Saidina Umar, Hafsah, (isteri nabi ) dan Saidina Uthman.
9. Khalifah Abu Bakar digelar penyelamat umat Islam.
b) Apakah sumbangan Khalifah Umar al – Khattab.
1. Bersifat berani, tegas, berterus – terang.
2. Pelantikannya hasil cadangan Abu Bakar ketika sakit.
3. Dianggap zaman keemasan Kerajaan Islam Madinah.
4. Pembaharuan politik – Mengamalkan dasar pentadbiran dan melantik pegawai, menubuhkan majlis syura ( dianggotai wakil mujhirin dan Ansar ), membahagikan jajahan Islam kepada wilayah dan melantik wali ( gabenor).
5. Penubuhan jabatan – Jabatan tentera, polis, percukaian. Setiap jabatan diketuai oleh katib ( setiausaha).
6. Jabatan Kehakiman – dilantik hakim bergaji bulanan.
7. Sosial – pendidikan al – Quran di Masjid, menghantar guru agama ke wilayah ( Abu Sufyan ) dihantar ke Badwi).
8. Kalendar – tahun hijrah menjadi tahun pengiraan Islam.
9. Tentera – tentera tetap dan sukarela, bergaji, berpakaian seragam, markas tentera dibina seperti di Madinah, Kufah.
10. Terusan dan tali air – menambah hasil pertanian seperti Terusan Amirul Mukminin di Mesir.
11. Rakyat digalakkan meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar.
12. Pengenalan cukai – cukai jizyah dikenakan kepada Zimmi (bukan Islam yang yang rela diperintah kerajaan Islam), cukai kharaj berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah seperti tanaman gandum, barli, anggur.
13. Baitulmal ditubuhkan untuk mengawal pendapatan negara.
14. Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.
c) Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.
1. Seorang hartawan yang dermawan, lemah lembut tolak ansur, bersimpati.
2. Digelar Zun Nurain (menpunyai 2 cahaya) kerana pernah mengahwini 2 orang puteri Rasulullah selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia.
3. Dilantik daripada 6 cadangan calon, undi sama banyak diterima Uthman dan Ali. Tinjauan persetujuan orang ramai memilih Saidina Uthman menjadi khalifah.
4. Dari segi politik – meluaskan empayar seperti ke Cyprus, Afghanistan, Tripoli dan khalifah pertama membina angkatan tentera laut Islam.
5. Mengisyitiharkan naskah al-Quran Mushaf Uthmani.
6. Membina jambatan, jalan raya rumah rehat pengembara.
7. Baitulmal digunakan untuk mengukuhkan tentera laut Islam – membeli senjata dan kapal.
8. Jizyah dikekalkan – antara sumber pendapatan baitulmal.
d) Apakah sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib.
1. Seorang yang berani, pahlawan, berpengetahuan luas tentang perundangan Islam.
2. Dilantik hasil persetujuan sokongan suara terbanyak.
3. Banyak menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan perundangan Islam.
4. Menghentikan Perang Siffin bila musuh mengangkat al-Quran dan menjalankan rundingan.
5. Membina markas tentera di Parsi dan Syria.
6. Meneruskan cukai jizyah kepada Zimmi.
(3) Kerajaan Bani Umaiyah
a) Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Umaiyah.
1. Nama kerajaan ini diambil sempena nama keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah b. Abdu Shams (peniaga terkenal).
2. Diasaskan oleh Muawiyah b. Abu Sufyan, selepas peristiwa penyerahan kuasa daripada Saidina Hassan b. Ali untuk menggelakkan perpecahan umat Islam.
3. Tahap 1- pemerintahan berpusat di Damsyik. Menggunakan geralan khalifah, diasakan oleh Khalifah Muawiyah.
4. Tahap 2 – berpusat di Codova menggunakan gelaran amir diasaskan oleh Abdul Rahman al – Dakhil.
b) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah – bidang politik.
i. Sistem khalifah – ketua pemerintah pengganti Nabi Muhammad s.a.w.
ii. Sistem wazarah – pelantikan wazir yang mengetuai pentadbiran kerajaan pusat.
iii. Sistem Gabenor – mengetuai pentadbiran wilayah.
iv. Sistem urus setia – pegawai utama dilantik mengumpulkan rekod, mengurus, mengurus surat dan dibahagikan pula kepada beberapa bahagian seperti bahagian cukai, ketenteraan, polis dan kehakiman.
v. Sistem hijabah – menjaga keselamatan dan memeriksa orang yang ingin menemui Khalifah.
vi. Penubuhan 4 jabatan – jabatan cukai, surat menyurat, urusan am dan urusan cap mohor pemerintah.
vii. Penubuhan Diwanul Jundi (jabatan Ketenteraan).
viii. Penubuhan angkatan tentera darat dan tentera laut.
ix. Bidang perundangan – hukuman berdasarkan ijtihad berpandu al-Quran, sunnah atau ijmak. Hakim mestilah bebas dan adil.
c) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah – bidang sosial.
i. Ilmu pengetahuan – Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.
ii. Lahir ilmuan seperti Khalili ibn Ahmad ( bahasa dan filologi Arab ), Sibawayhi (nahu Arab), Jarir (sasterawan).
iii. Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara.
iv. Tanda bunyi atau baris dalam tulisan al – Quran diperkenalkan untuk memudahkan umat Islam bukan Arab.
v. Ilmu agama – Ibn Zihat al – Zuhri (hadis), Ibn Jarith (tafsir al- Quran), Hasan al- Bakri (usuluddin).
vi. Hospital pertama- dibina oleh Khalifah al – Walid Abdul Malik di Damsyik.
vii. Hospital penyakit kusta – dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.
viii. Terjemahan pelbagai ilmu ke bahasa Arab – Ibn al – Nafis menterjemahkan buku berkaitan pembedahan.
ix. Perkembangan ilmu moden lain – kimia, astronomi.
d) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah ke – 2 di Andalusia.
i. Pusat pengajiaan tinggi di Carova – diasaskan oleh Abdul Rahman III, kemudian berkembang ke Eropah.
ii. Perpustakaan Cardova diasaskan oleh al – Hakam II.
iii. Bandar ilmu yang lain – Seville, Toledo, Granada.
iv. Pusat penjermahan karya Yunani ke dalam bahasa Arab terdapat di Toledo.
v. Cardova juga menjadi jambatan ilmu antara dunia Islam dan Eropah.
vi. Seni bina Islam – masjid Cardova lengkap dengan menara, kubah, dan tiang daripada marmar.
vii. Penubuhan baitulmal – mendapat sumber pendapatan daripad kharaj (cukai tanah), jizyah ( cukai perlindungan), usyur ( hasil pertanian), ghanimah (harta rampasan perang) dan zakat ( wajib bagi umat Islam).
viii. Cordova menjadi pusat ekonomi dan perdagangn antarabangsa contohnya perusahaan orang Islam seperti tembikar, perhiasan emas/perak, kulit, membuat senjata.
ix. Pertanian – sistem saliran dan penyelidikan benih tanaman.
(4) Kerajaan Bani Abbasiyah
a) Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Abbasiyah.
1. Pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah, golongan Mawali (orang Islam bukan arab seperti Parsi dan Barbar) merasa didiskrimisikan (tidak dapat jawatan dan dikenakan cukai yang lebih tinggi).
2. Bani Umaiyah yang mentadbir pula mula mengabaikan ajaran Islam.
3. Kesannya golongan Mawali menyertai gerakan Abbasiyah.
4. Sistem warisan Umaiyah juga telah ditentnag oleh orang Islam Syiah dan Khawarij.
5. akhirnya gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.
6. Gerakan ini dimulakan oleh Ali b. Abdullah atas nama ahlul bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w) agar mendapat sokongan.
7. Pusat operasi mereka di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
8. Pemimpin terkenalnya ialah Abu Salamah dan Abu Muslim.
9. Ketika pemerintahan Abu Jaafar al – Mansur pemerintahan kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke Baghdad.
10. Kerajaan ini berakhir apabila ditawan tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan.
11. Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan atau monarki (pemerintahan keturunan raja).
12. Nama kerajaan ini diambil sempena nama al – abbas (bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w).
b) Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah.
1. Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun – Baghdad menjadi kota intelektual.
2. Karya asing seperti falsafah dan sains Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa arab.
3. Baitulhikmah (institusi keilmuan) telah dibina.
4. Kegiatan penulisan terbahagi kepada 3 tahap iaitu mencatat segala idea atau percakapan, mengumpul idea yang serupa atau hadis Nabi Muhammad s.a.w. mengarang (dalam bahagian dan bab yang berbeza antara satu sama lain).
5. Penglibatan ulama dalam penulisan – fikah, tafsir, sejarah.
6. Iman terkenal seperti Ibn Ishaq (sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w), Abu Hanifah (fiqah dan ijtihad).
7. Ketika ini berlaku pemisahan ilmu tafsir, sirah dan hadis.
c) Sumbangan Bani Abbasiyah dalam penterjemahan.
1. Terjemahan ke bahasa Arab dibuat daripada bahasa Suriani dan Yunani.
2. Orang Islam Islam menterjemah dan mencipta serta membuat pembaharuan, menghurai, menambahbaik karya tersebut ke bahasa Arab.
3. Islam memelihara warisan ilmu itu ketika Eropah dilanda Zaman Gelap (Eropah kurang menghargai ilmu).
4. Penyelidikan sarjana Islam kemudiannya diterjemaah pula ke bahsa asing(Eropah) yang membawa kebangkitan Eropah seperti Zaman Renaissance.
(5) Kerajaan Turki Uthmaniyah.
(a) Latar belakang kemunculan Kerajaan Turki Uthmaniyah.
1. Kelemahan Kerajaan Abbasiyah menyebabkan munculnya kerajaan kecil seperti Saljuk di Turki.
2. Salah sebuah pemerintahan di bawah pengaruh Saljuk ialah Anatolia, tetapi pemerintah Anatolia bebas mentadbir.
3. Kemudian kerajaan kecil Anatolia ini menguasai kerajaan lain hingga membentuk kerajaan Turki Uthmaniyah.
4. Uthmaniyah berasal dari nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman b. Ertughrul. Beliau ialah amir (gabenor Saljuk) kawasan barat Anatolia yang bersempadan empayar Byzantine (Rom Timur) maka ancaman disini amat tinggi.
5. Kemudian Byzantine ditumpaskan oleh Uthman, maka ramai ghazi (pahlawan tentera) dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah uthman memperluaskan taklukan.
b) Perluasan empayar Kerajaan Turki Uthmaniyah.
1. Empayar bermula di sekitar Anatolia, kemudian Bursa dijadikan ibu negeri ketika pemerintahan Uthman.
2. penggantinya iaitu Orhan I meluaskan jajahan seperti Marmara, Ankara.
3. Kemudiannya Murad I dan Bayezid I menguasai jajahan seperti Bulgaria, Sofia, Albania, Kosovo.
4. Mehmed II pula berjaya menawan Istanbul (Constantinople) iaitu ibu kota Ron Timur.
5. Pada awal abad ke-20, empayar ini merosot keranan pemimpin lemah, keruntuhan sistem cukai dan pemberontakan.
c) Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah
1. Bertahan selama 600 tahun sebagai empayar Islam sehingga berperanan membentuk kesatuan orang Islam seluruh dunia.
2. Istanbul menjadi pusat pentadbiran dunia Islam.
3. apabila Sultan Selim I menguasai Makkah kerajaan ini dianggap pelindung umat Islam seluruh dunia.
4. Kanun Suleiman diperkenalkan sebagai perundangan yang melindungi nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa mengira bangsa dan agama.
5. Kerajaan ini memperkenalkan sistem jawatan seperti kadi dan mufti. Jawatan Sheikh-ul-Islam pila ialah ketua ulama yang mengeluarkan fatwa.
6. Dari segi ekonomi- Istanbul menjadi kota perdagangan timur dan barat, dunia Islam dan bukan Islam.
7. Hubungan perdagangan Turki meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Mediterranean, Tengah, Merah dan Hindi.
8. Menukarkan sistem bangsawan berasaskan susun lapis masyarakat kepada sistem menggalakan kecemerlangan individu – mobility sosial meluas khasnya di jajahan Eropah.
9. Sistem pendidikan – sistem madrasah, sekolah pendidikan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, kolej perubatan.
10. Penulisan ensiklopedia – berkaitan sains Islam.
11. Perpustakaan ditubuhkan di masjid, hospital, rumah.
12. Seni bina – masjid Sultan ahmed (masjid biru) di Istanbul.
(6) Faktor penyebaran Islam ke Eropah.
a) Kekuatan pasukan tentera Islam.
1. Pegangan akidah dan akhlak yang kukuh menjadi asas kekuatan kerajaan Islam menentang Eropah.
2. Semangat Ghazi Zaman Uthmaniyah membentuk semangat pahlawan berkorban jiwa raga demi menyebarkan Islam. Kesannya – kejayaan memperluaskan kuasa ke Eropah.
3. Sistem ketenteraan Uthmaniyah – senjata moden (meriam besar), tentera berkuda, kumpulan infantry yang kuat.
4. Kumpulan Janissari Uthmaniyah ialah kumpulan elit terlatih dalam perang.
5. Kekuatan armada laut – pada zaman Suleiman al-Kanuni armada ini mengawal kawasan Laut Mediterranean.
b) Politik tidak stabil di Eropah.
1. Perang antara kerajaan kecil di Eropah memudahkan Islam meluaskan kuasa.
2. Kemasukkan tentera Uthmaniyah ke Eropah pada awalnya atas permintaan Maharaja John VI Cantacuzens yang meminta bantuan Orhan menuntut takhta kerajaan Byzantine.
3. Kejatuhan Byzantine – memberi peluang kepada penyebaran Islam di Eropah.
4. Institusi gereja di Eropah runtuh – penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpinnya. Maka rmaai penganut Kristian memeluk Islam.
c) Dasar pemerintahan Islam.
1. Dasar diplomasi dan toleransi – masyarakat Eropah tidak dipaksa memeluk Islam.
2. Kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodok diiktiraf, kerajaan Uthmaniyah tidak mencampuri hal keagamaan Kristian.
3. Dasar berasaskan kecemerlangan individu dan bukan keturunan menarik minat orang Eropah memeluk Islam.
4. Kerajaan Islam tetap membina sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan rakyat di jajahan Eropah.
d) Peranan penghijrah Turki dan pendakwah Islam.
1. Ramai orang Turki berhijrah ke Balkan seperti kawasan Thrace, utara Bulgria dan Albania yang didiami ahli sufi.
2. Mereka bersama ahlisufi menarik minat orang Kristian memeluk Islam kerana sifat toleransi. Ahli sufi.
(7) Perembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.
a) Kawasan pertembungan tamadun.
1. Khalifah al-Rasyidin (Khalifah Umar) bertembung dengan tamadun Yunani Rom ketika bertapak di Mesir.
2. Kemudian perluasan kuasa ke Baghdad pula menyebabkan pertembungan dengan tamadun Parsi dan Islam.
3. Apabila Bani Umaiyah menakluki Afrika Utara dan Sepanyol berlakulah pertembungan antara tamadun Islam dan Eropah.
b) Cara pertembungan berlaku.
1. Perdagangan – Nabi Muhammad s.a.w pernah berniaga di Syam(Syria). Pedagang Islam juga berniaga di kawasan Teluk Parsi hingga ke China ( bertembung dengan tamadun China).
2. Diplomatik – kerajaan Bani Umaiyahh menghantar peneroka ke utara Selat Gibraltar di selatan Sepanyol. Mereka bertemu petempatan bukan Islam seperti di Cordova, Valencia untuk membuat hubungan diplomatic. Kesannya mereka memahami konsep aman dalam cara hidup orang Islam.
3. Penaklukan – kerajaan Islam membentuk ekspedisi tentera dan bertembung dengan tamadun luar, contohnya menakluk Iran/Iraq (tamadun Parsi), Mesir/Afrika Utara (tamadun rom-empayar Byzantine).
4. Kebudayaan – kemasukan Islam ke Sepanyol menyebabkan bahasa Arab menjadi bahasa utama di situ. Lahir golongan Mozarab iaitu orang tempatan beragama Kristian tetapi mengamalkan budaya Islam dan berbahasa Arab.
5. Intelektual – Ilmuan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan berlaku pertembungan antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.
c) Kesan pertembungan tamadun dari segi agama, ekonomi dan sosial.
1. Keagamaan – mengubah akidah penduduk taklukan kepada kepercayaan kepada Allah, tetapi Islam tidak menghapuskan adat dan budaya yang tidak bertentangan Islam.
2. Kesan perluasan kawasan yang diperintah Islam – kawasan penyebaran pengaruh Islam diperluaskan.
3. Lahir pelbagai kerajaan Islam – kerajaan Delhi/Mughal di India, kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah.
4. Penguasaan ekonomi – keselamatan lalauan pedagang dikawal oleh kerajaan Islam. Pedagang Islam berdagang meliputi ke India, Ceylon, alam Melayu dan China di timur, Sepanyol, Perancis di barat.
5. Urbanisasi – berlaku kesan kemajuan pedagang Islam.
6. Organisasi sosial – Islam memberi penyelarasan undang – undang yang saksama kepasa semua lapisan masyarakat.
7. pendidikan – merangkumi penguasaan pendidikan agama, sains, teknologi, sejarah, matematik.
8. Tatatertib kehidupan harian seperti cara berpakaian, berfikir, bertutur telah berubah. Di Sepanyol, ketika pemerintahan Bani Umaiyah orang Eropah bertutur bahasa Arab dan berpakaian seperti orang Islam.
9. Golongan Mudejar ialah orang Islam minority di bawah pemerintahan Kristian, mereka menyebarkan cara hidup Islam tersebut.
d) Kesan pertembungan tamadun dari segi ilmu pengetahuan.
1. Cendekiawan Islam dan bukan Islam bertukar pendapat dan ilmuan Islam menterjemah karya Yunani seperti Aristotle, Plato, Galen.
2. Penterjemahan pesat berlaku kerana adanya perpustakaan yang membolehkan bahan kajian ini disimpan.
3. Ilmu perubatan – Zakaria al-Razi menterjemah karya Galen menghasilakn kitab Al-Hawi.
4. Matematik dan astronomi – al-Khawarizmi, al-Batani.
5. Politik dan undang-undang – al Farabi, al-Mawardi.
6. Ilmu Mantik dan falsafah – Ibn Sina, Ibnu Rushd.
7. Seni bina – Masjid Cordova, istana Alhambra di Granada.
8. Kesusteraan – Omar Khayyam, Jalal ad-Din.
9. Pengembaraan – Ibn Battuta, al – Mascudi.